Keliru puting (nipple confuse) adalah satu keadaan dimana bayi mengalami kesukaran menyusu atau terus menolak menghisap susu melalui puting payudara ibu. Bayi yang mengalami nipple confuse lebih sukakan puting botol susu berbanding puting payudara ibu.
Bagaimana nipple confuse terjadi?
- Bayi terlalu awal menggunakan botol susu. Hisapan puting botol susu lebih mudah jika dibandingkan dengan puting ibu.
Bayi hanya perlu menggerakkan sedikit bibir dan susu dari botol akan mudah dihisap dengan bantu graviti berbeza dengan hisapan susu melalui puting payudara yang banyak menggunakan lidah dan otot pipi untuk mengeluarkan susu.
Breastfeeding Hack!
Bayi yang sudah terbiasa menghisap susu melalui botol susu akan berpotensi untuk menjadi nipple confuse. Tetapi mummies jangan risau, saya juga pernah mengalami masalah anak nipple confuse. Selama 33 hari saya menjadi EPmom (exclusive pumping mom) dan akhirnya pada hari ke 34 saya berjaya direct feedkan anak saya.
Langkah-langkah atasi keliru puting (nipple confuse)
- Hentikan penggunaan botol susu. Mummies boleh gunakan syringe, measuring cup dan sudu untuk memberi EBM (expressed breastmilk) kepada bayi.
- Dalam masa yang sama, mummies haruslah belajar cara pelekapan yang baik.
- Skin to skin adalah antara satu cara yang saya lakukan untuk membantu anak saya mengenali semula puting payudara. Bau pada puting payudara juga seakan-akan bau air ketuban yang mana bayi akan merasa seperti dalam kandungan.
Wujudkan suasana teraputik dan lakukan skin to skin dalam keadaan yang tenang. Sebagai contoh, duduk didalam bilik dan malapkan lampu. Minta suami untuk menemani mummies dan bayi semasa sesi skin to skin untuk mewujudkan suasana positif. Letakkan bayi diatas dada mummies tanpa memakai baju dan pakaian dalam begitu juga bayi. Boleh tutup badan bayi menggunakan kain nipis jika sejuk.
PASTIKAN BAYI DALAM KEADAAN TENANG. JANGAN LAKUKAN SKIN TO SKIN SEMASA BAYI DALAM KEADAAN TIDAK SELESA / MENANGIS.
Semasa skin to skin, pujuk bayi untuk belajar bersama-sama mummies cara penyusuan yang sebenar. Mummies jangan paksa bayi untuk hisap puting payudara, ambil masa dan bersabar. Penyusuaan susu ibu bukan semudah selak dan beri. Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi dengan sekali sesi skin to skin bayi sudah pandai direct feeding. Lakukan direct feeding sekurangnya 3-5 kali sehari. Mummies kena kuat semangat ya, jangan cepat putus asa.
- Kerap kali offer puting payudara.
Perhatikan tanda-tanda awal lapar. Elakkan memberi susu ketika bayi sudah mula mengamuk. Namun begitu, jika mummies terlepas tanda awal ini dan bayi sudah mula menangis, mummies boleh memberi sedikit susu kepada bayi (sedikit sahaja bukan sehingga bayi kenyang ya) . Ingat gunakan alternatif lain selain botol susu. Tujuan utama kita adalah stop bottle feed start direct feed
Melalui pengalaman saya, memujuk bayi untuk direct feed semula bukan perkara yang mudah dan bukan juga perkara yang susah jika kita mempunyai keinginan tinggi untuk meyusukan anak. Oleh itu penting bagi mummies untuk dapatkan sokongan dari suami dan keluarga yang terdekat untuk memastikan usaha mummies berhasil.
Percayalah, ramai mummies yang berjaya menyuskan semula anak mereka secara direct.
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Normalise Breastfeeding
from lactation « WordPress.com Tag Feed https://ift.tt/30TwUcs
article sponsered by Northern Michigan certified lactation consulting and Mother Hubbards Country Cupboard
No comments:
Post a Comment