Tuesday, August 11, 2020

TANDA - TANDA BAYI CUKUP SUSU

Bayi memerlukan susu yang secukupnya untuk tumbesaran yang optimum. Tapi tahukah kita apakah tanda-tanda bayi cukup susu???

Susu ibu adalah hadiah terbaik dan istimewa yang mummies berikan kepada bayi sebaik sahaja lahir. Susu ibu tiada tandingan. Susu ibu juga mempunyai pelbagai kebaikan kepada mummies dan bayi dari segi kesihatan, perkembangan fizikal, mental dan keselamatan.

TANDA-TANDA BAYI CUKUP SUSU

1. Kekerapan menukar lampin. Menukar lampin sekurangnya 4-8 kali sehari. Air kencing juga bewarna kuning jernih.

2. Peningkatan berat bayi yang normal iaitu kira-kira 100-200g seminggu bagi sebulan pertama dan 85-104g seminggu pada bulan kedua dan seterusnya sehingga  bayi berusia 1 tahun.

3. Berat badan bayi meningkat dua kali ganda daripada berat semasa lahir semasa berusia 5 hingga 6 bulan dan meningkat tiga kali ganda daripada berat semasa lahir semasa berusia setahun.


Adalah penting untuk mengetahui tanda-tanda awal bayi lapar untuk mengurangkan kesukaran dalam pelekapan.

STOP MITOS.

1. Bayi menangis selepas menyusu tanda bayi tidak puas menyusu / susu badan tiada zat.

Lumrah seorang bayi, menangis adalah salah satu cara mereka berinteraksi dengan kita. Tidak semestinya menangis tanda tidak cukup susu. Bayi menangis untuk memberitahu bahawa mereka tidak selesa. Cuba periksa lampin atau tempat tidur bayi.

TIPS MENENTUKAN BAYI TELAH KENYANG.

Kebanyakan bayi melepaskan payudara mummies dengan sendirinya selepas berasa kenyang tetapi sesetengah bayi akan terus menghisap sehingga tertidur.

Penting bagi mummies membiarkan bayi menyusu di sebelah payudara sehingga habis sebelum memberi payudara yang lain bagi membolehkan bayi mendapat susu akhir atau hindmilk serta meningkatkan penghasilan susu. Hindmilk juga sangat penting untuk tumbesaran bayi.

Kami menawarkan servis

Kepentingan rawatan awal profesional selepas bersalin.



from lactation « WordPress.com Tag Feed https://ift.tt/3afx4O8
article sponsered by Northern Michigan certified lactation consulting and Mother Hubbards Country Cupboard

No comments:

Post a Comment