Saturday, August 15, 2020

KENAPA SUSU SAYA SIKIT? KENAPA SUSU DIA BANYAK?

Lumrah seorang ibu akan melakukan apa sahaja demi anak tercinta. Tidak kira sama ada ibu itu memilih untuk menyusukan anaknya mahupun menyusukan anak dengan susu formula,masing-masing ada ujian tersendiri. Saya disini bukanlah mahu membandingkan susu badan dan susu formula, tapi saya mahu menormalisasikan penyusuan susu ibu. Saya mahu semua ibu tahu bahawa semua ibu mampu menyusukan anak mereka sendiri.

Tempoh berpantang adalah tempoh yang paling kritikal. Kenapa saya mengatakan bahawa pantang = kritikal. Dalam tempoh pantang ibu-ibu semua diuji dengan kesakitan melahirkan,tidak kira bersalin normal mahupun pembedahan. Sakit yang dialami merupakan faktor penganggu emosi yang mana berkait rapat dengan penghasilan susu.

Namun janganlah ibu-ibu risau. Susu yang dihasilkan adalah mencukupi dengan keperluan anak.

Tahukah ibu-ibu, perut bayi yang baru lahir hanya sebesar cherry/sebiji guli sahaja?? Susu permulaan yang keluar dari payudara dipanggil kolostrum. (liquid gold). Kolostrum tidak dapat dikeluarkan dengan pam. Kuantiti yang keluar sudah mencukupi dengan keperluan bayi yang baru lahir. Kerana itu saya tidakkan galakkan ibu-ibu mengepam semasa dalam pantang. Tempoh berpantang adalah tempoh honeymoon ibu-ibu dengan bayi.

Terapkan dalam diri ibu-ibu

DEMAND VS SUPPLY

Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan. Apabila terdapat ransangan hisapan, otak akan menghantar signal untuk menghasilkan lebih banyak susu. Namun apabila terlalu awal penggunaan pam, kejadian bengkak susu akan terjadi. Bengkak susu bukanlah sesuatu yang bagus. Apabila bengkak susu berlaku, ibu-ibu akan merasa happy apabila melihat susu yang dipam banyak. Happy dapat melihat chest freezer penuh dengan paket-paket EBM. Tetapi tahukah ibu-ibu susu yang dipam semasa bengkak susu kualitinya tidak sebagus semasa breast lembik???

Bengkak susu menghasilkan susu permulaan yang banyak iaitu fore milk. Fore milk adalah susu yang rendah lemak manakala hind milk adalah susu penuh lemak yang didapati apabila payudara hampir kosong. Sekiranya bayi hanya dapat fore milk dengan banyak,bayi akan tidak lena tidur kerana tidak kenyang.

Oleh yang demikian, para ibu seharusnya belajar cara memerah susu secara marmet sahaja bagi mengelakkan kejadian bengkak susu terjadi.

Janganlah membandingkan susu ibu yang baru lepas bersalin dengan susu ibu yang mana anaknya sudah 3/4 bulan. Susu dihasilkan mengikut usia anak.

Kami boleh membantu anda. Kami rakan penyusuan anda.



from lactation « WordPress.com Tag Feed https://ift.tt/33YSZbs
article sponsered by Northern Michigan certified lactation consulting and Mother Hubbards Country Cupboard

No comments:

Post a Comment